Isteri ku di sahkan positif covid19 pada hari Isnin. Dia mula tidak sihat sejak dari hari Khamis minggu lepas. Kerja pada hari Jumaat kemudian beliau pulang kerana mendapat MC setelah ke klinik membuat pemeriksaan. Pada hari Sabtu aku seperti tidak sedap badan dan sakit tekak. Esoknya aku buat test dapati tidak positif. Isnin isteri ketempat kerja dengan keadaan tidak bermaya, tengahari sudah pulang dan mengatakan bahawa dia positif..
Hari ni dua puteri aku demam. Memula kakak yang demam dahulu selepas pulang dari sekolah semalam. Menjelang jam tiga pagi yang bongsu pula demam. Harap mereka berdua cepat sembuh dari penyakit.
Bahagian 2
Berkisar tentang meal hours dan juga rider baru.
Meal baru
Nasi lemak dan air coke
Rider baru
Kerel 2: kat mcd ke abg
Padisiam: Keja ke
Kerel 2: keje
Padisiam: Dgn sape
Kerel 2: razif kimi naim hanif(baru)
Padisiam: Hahahahaaa
Padisiam: Gilo
Padisiam: Razif x main peranan ke
Kerel 2: hahahaha
Kerel 2: tak
Kerel 2: budak kota tuh😂
Padisiam: Ooo
Padisiam: Budak lg ke
Kerel 2: aahh
Kerel 2: budak tahfiz
Kerel 2: bakal uztaz
Kerel 2: ustaz
Padisiam: Budak kota lg tggu sampai mlm
Kerel 2: die kata tengah tunggu visa pergi indon
Padisiam: Ooo
Kerel 2: itu yg die keje dulu kot
Padisiam: Oder ok ke
Kerel 2: okey aje lahh
Padisiam: Ko dh brp
Kerel 2: 4
Kerel 2: biasa lahh
Padisiam: Nampaknya sehari target 5 oder je la skrg
Kerel 2: nampak gayanye mcm tuh lahh😂
Padisiam: Janji ada oder je
Padisiam: Jgn dtg sidai
Kerel 2: hahahaha
Kerel 2: sidai itu perkara biasa
Padisiam: Korg la
Kerel 2: hahahaha
Naim dengan belanja sate nya
Bahagian 1
"Keja pakai motor... Motor pakai petrol... Petrol pakai wang...Wang dari kerja.... Kalau wang x de amcm mau keja".
Disuatu sudut dibawah pokok petai jawa, sekumpulan rider mdc sedang menunggu order. Kebetulan hari Selasa.
"Gaji harini kan geng? " ujar zaidar.
"Tolonglah check " balas Wan.
Sepi! Tiada apa tindakkan daripada Zaidar.
Tiba-tiba Deli ingin memberitahu kepada rakan rakan dia mendapat info daripada whatsapp bahawa ada rider tewas melanggar lembu di laluan kawasan kota warisan- sunsuria .
"Mana lembunya?"sampuk hafidz
"Hahahaha..Lari dah"balas deli.
Memang tiada lembunya yang ada hanya motorsikal sahaja. Sepi lagi.. Masing-masing melayan perasaan sambil tunggu oder masuk pada henfon .
"Nasib ada baki sikit lagi dalam bank....dapat juga makan tenghari" zaidar berkata
" Nak harap mcd mmg kebulur tak makan la harini" ujarnya sebagai protes gaji tidak masuk lagi.
"Naim, kad vaksinasi kamu tercicir di Stor mcd" kak piqa tulis dalam whatsapp. Akak pegang dahulu nanti petang saya ambil. Balas naim. "Dah, nak hancur buang saje la" ujar wan. "Pandai2 jea abg wan ni" balas Naim.
" Nak susur masuk cyberjaya ada roadblok! "Deli beritahu.
" Kita tak cover sampai cyberjaya "balas hafidz sambil tergelak.
"Bagitahu je takot ada rider kita lari pergi cyberjaya". Izham pon tergelak-gelak mendengar kata-kata mereka berdua.
Sedang menunggu oder masuk, tiba-tiba masuk pesanan dari whatsapp..
"Rider! tunggu sekejap , sistem loginext bermasalah kak piqa tengah troubleshoot"ujar nisha.
"Ada 5 order loading"sambung beliau lagi.
Mcd Kak Pika: Alif ada mana ?
Mcd Kak Pika: Kat store ke?
Mcd Kak Pika: akak nak offer order ni!
Mcd Kak Pika: 3 order boleh?
Mcd Alif: boleh
Mcd Alif: bagi je
Mcd Alif: sorry atas motosikal tadi.
Mcd Kak Pika: Okey one more!!!
Sekeluarga kami positif covid 19
P I N T U B I L I K M A N D I
pepagi dah kecoh pintu bilik mandi tercabut akibat si khalil Hauzan. Nasib baik aisya tak gi sekolah. Kalau tak lagi haru biru di buatnya. Hati tengah marah, semua kerja tak menjadi.
Letak tepi masalah pintu, gi hantar khalil ke sekolah dahulu. Lewat sampai pintu gate C sudah kunci. Kena ikut pintu utama sekolah.
Masih ramai lagi yang lewat hadir ke sekolah. Kebanyakan mereka seperti khalil pelajar pendidikan khas,Orang kelainan upaya . Lalaun pulang ikut jalan baharu. Banyak juga kenderaan dilaluan ini, masing-masing cuba elak kesesakan teruk untuk ke tempat kerja.
Singgah gerai Nasi lemak opocot, bungkus 2 nasi lemak dan 1 mihun goreng berserta sambal paru. Sampai rumah lihat orang rumah dah siap untuk pergi kerja. Ini hari dia harus ke Bandar Sunway menghadiri kelas.
Kembali kepada pintu bilik mandi berfikir sejenak mudahan diberi ilham dalam menyelesaikan masalah ini. Cabut semua skru di engsel pintu, ambil penukul dan ketuk disetiap bucu pintu. Alhamdulillah pintu muat dengan bingkainya. Sebelum ini pintu seakan senget dan menyebabkan pintu tidak muat pada bingkai pintu. Pasang semula dan cuba untuk memasang kunci, tetapi tak boleh. Sekadar ikat mengunakan tali rafia sahaja. Tak mengapalah, janji boleh kunci sudah. Terima kasih kepada anak sulung, sudi membantu bapak dia walaupun kosong mengenai ini semua.