perjalanan hidup

Mahligaimu dari air mataku, lagu rock leleh tahun 90an. Ketika itu aku masih di bangku sekolah lagi. Bersama rakan sekampung bermain gitar dibawah pokok sawit dikala itu hanya setinggi lima meter. Aktiviti harian semasa di waktu itu. Tidak seperti hari ini, hanya duduk dirumah bersama gajet. 

Sambil lepak, mesti ada cerita baru atau gosip panas tak kira la sama ada pasal awek baru masuk kat sekolah ke atau kedai game ada permainan baru. Petang jam lima aktiviti bersukan sama ada sepak takraw atau bola sepak. Yang tidak minat bersukan ,port biasa bersama sebuah gitar nyanyi bersama sama. 

Itu cerita dahulu, cerita sekitar sebuah kampung yang belum tahu apa itu pembangunan. Hanya pewaris awal peneroka tanah yang kita kenal. Kalau ada orang yang tak dikenali mungkin menantu atau orang menyewa dikampung ini. 

0 comments: