Asal boleh

Jerawat tumbuh di atas kepala dan hidung. Sakit juga... Hahahaa gusi sakit Alhamdulillah. Di media semasa penuh dengan cerita Argentina menang piala dunia pada perlawanan akhir kelmarin. Penuh dramatik perlawanan semalam. Separuh masa pertama dilihat Argentina mengatasi Perancis dengan kelebihan 2 gol, Jaringan daripada messi dah de maria. Dikala itu aku sedang sibuk menghantar pesanan makanan. Separuh masa kedua bermula, sempat menonton kerana sudah habis kerja. Sampai rumah solat Isya' dulu. Tak sempat solat di awal waktu oleh sebab hujan. Abis solat buka TV tonton perlawanan piala dunia di saluran TV2. Minit 80 Perancis dapat sepakan penalti dan mbape menjaringkan gol. Seminit kemudian mbape menjaringkan lagi. Rancak perlawanan akhir edisi kali ini. Tamat separuh masa kedua yang mana kedua pasukan saling berbalas serangan. Masa tambahan 30minit,  messi menjaringkan gol padang pada minit 108 masa tambahan dan mbape menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit 118. Perlawanan berakhir dengan kedudukan seri dan penentuan sepak penalti di menangi oleh Argentina. 

0 comments: