kini ia kembali lagi

Isteri ku di sahkan positif covid19 pada hari Isnin. Dia mula tidak sihat sejak dari hari Khamis minggu lepas. Kerja pada hari Jumaat  kemudian beliau pulang kerana mendapat MC setelah ke klinik membuat pemeriksaan. Pada hari Sabtu aku seperti tidak sedap badan dan sakit tekak. Esoknya aku buat test dapati tidak positif. Isnin isteri ketempat kerja dengan keadaan tidak bermaya, tengahari sudah pulang dan mengatakan bahawa dia positif.. 


Jam 8.30 malam
Dia luar hujan yang seperti tidak mahu berhenti  dari turun membasahi bumi. Hujan mula turun pada jam 4 petang hingga kini tidak berhenti. Teringat kembali tragedi banjir yang pernah berlaku pada Disember tahun lepas. 


Solat sunat gerhana bulan 
السلام عليكم
Makluman untuk semua Qariah Surau Taman Gemilang(STG). Sukacita dimaklumkan malam esok pihak surau STG akan mengadakan solat sunat gerhana bulan yang akan dipimpin oleh Ustaz Zulyadin selepas solat maghrib. 
Mohon semua ahli qariah dapat hadir beramai-ramai. Jamuan ringan disediakan.     Terima kasih.
Whatsapp daripada abang Lan dalam group Surau. 

0 comments: