Sudah empat tahun alam perkahwinan aku,banyak suka dan duka ditempuhi. Dengan dikurniakan seorang cahaya mata terbangunlah satu keluarga. Alhamdulillah aku bahagia disamping mereka. Semoga ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Amin.
Hari ini Azhar cuti,maka aku terpaksa pikul tugas menjadi despatch untuk kawasan Cyberjaya.Petang ada pula pasport yang perlu dihantar ke Ericsson. Sampai sahaja R&R MEX hujan turun dengan lebat, aku redahkan sahaja. Sampai di lokasi, serahkan pasport kepada Chong. Kuyup aku,perut pun terasa lapar. Sampai sahaja di rumah terus terjah tudung saji, tengok apa yang ada. Kosong,buka peti sejuk ,tengok ada sambal tumis... memang cantik. Panaskan kuali perhangatkan sambal... goreng telur tambah kicap. Memang sedap dimakan dikala lepas bermandi hujan .
Hari ini aku tak kerja, masa untuk melepak bersama anak dara aku yang seorang ni. Lepak di kedai mamak berhampiran dengan rumah. Anak aku pun sibuk ajak pergi pasal nak ajak layan SPAREBUK (youtube) katanya. Layankan sahaja, asalkan dia gembira.
Melayan nasi kandar pulak aku untuk hari ini. Pertama kali pekena hari tu sampai mengantuk-ngantuk aku. Tetapi pada cubaan kedua memang mendukacitakan aku. Harga pun mahal, kuahnya kurang enak dan tidak serupa macm kali pertama aku makan. Mungkin tidak akan lagi kesini lagi untuk nasi kandarnya lagi.
Hari ni terasa nak makan nasi kerabu. Pagi-pagi nak mencekik berat-berat. Destinasi Taman Dengkil Jaya. Telur masin dan daging goreng sebagai tambahan.
Dapat juga aku makan nasi lemak Abang Janggut. Terubat rasa rindu pada nasi lemak dia. Rasanya tetap terbaik.
Asyik tido je keje aku hari ni. Bangun pegi solat jumaat,balik sambung tido lagi. Akibat semalam duk melepak sampai ke pagi...padan dengan muka aku. Kalau dulu memang aku orang yang tak pernah tahu tidur malam. Sekarang pukul sebelas dah menguap-guap lantaknya. Faktor dah kahwin sama juga agaknya...hehehe
Malam ni teringin nak makan daging masak kicap,jadi suruh la si isteri tercinta masakkan. Lagi daging korban banyak didalam peti sejuk. Tapi kurang pedas sebab anak dara aku kecil lagi jadi sebab ada cili potong diatas. Dua pinggan nasi aku bedal,tersandar kekenyangan dibuatnya.
Selera semalam tidak lebih kepada NASI. Entah mungkin aku dah terlebih makan nasi sangat kot.Pada hal pagi aku dah melantak nasi.
Semalam bersama kawan-kawan pejabat pergi melayan roti naan cheese
di RSMY Beryani of house di Jalan Medan Tuanku. Menu ala-ala Pakistan.
Menu yang aku pesan :
1.Naan cheese - Sedap bagi pengemar cheese
2.Naan garlic - Biasa-biasa sahaja.
3.Ayam Tandori - rempah salut ayam sedap
4.Keema Kambing - Biasa- biasa
5.Dhal - sedap tp mahal
Set hidangan yang kami pesan. Dari segi harga memang mahal kalau nak ikut dengan kuantiti makan yang dapat. Sekadar untuk mencuba kerana tergoda dengan komen-komen yang memberangsankan dari Blogger yang pernah cuba makan disini.
Aku mahu m.c hari ni,tekak sakit sendi dah senggal-senggal. Dah 3 hari situasi macam ni. Demam yang belum beransur pulih. Moga Allah sembuhkan demamku ini.
Pepagi dah buka tv terlayan rancangan Malaysia Hari Ini. Penceritaan agak menarik bersempena dengan Hari kemasyuran Malaysia 16 September . Berlatar belakangkan rumah Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Dah lama cari kedai cendol nie...terletak dicelah-celah kedai kain di pekan tangkak.Masa aku sampai kedai ni baru siap-siap nak buka.Memang selambe je mamat cendol nie..tenang je walaupun ramai dah tuggu nak pekena cendolnya.Tapi aku kira bertuah dia boleh ingat aku dan rombongan aku nak makan cendolnya.Maklum lah dah ramai yang tak sabar menunggu mahu pekena cendol.
Cendol yang sampai untuk di santap.Apa yang boleh aku katakan tentang cendol ini,BIASA-BIASA sahaja.Mungkin aku pernah rasa cendol lebih sedap daripada ini.
Air batu ciput tak sejuk, cendol kena makan sejuk-sejuk. Santannya tak kick sangat...harga mahal untuk ada kacang RM2 kot.Tak bebaloi langsung, tapi cendol hijaunya sedap tapi sedikit sangat.
Lokasinya memang strategik kerana celah diantara kedai kain.Terasa klasik je pekena cendol kat sini.Apapun cendol kat sini tak boleh lawan cendol belakang The Store Banting.
Balik kampung hari tu pergi ke Bukit Gambir bawa atuk orang umah aku cari racun . Dalam perjalanan pulang, atuk ajak pegi minum di pekan Bukit Gambir.Dia ajak lepak gerai bawah pokok . Ramai otai-otai melepak selepas seharian di kebun.Gerai ni biasa saje...seperti gerai dikampung-kampung.
Atuk cakap di kedai ini rojaknya sedap.Aku pesan rojak dengan nescafe ais.Rojaknya sedap juga...cuma ada mee..aku tak gemar rojak mee. Apa-apa pun rojaknya sedap.
Tapi untuk pekena nasi lemak ini... memerlukan kesabaran yang tinggi. Almaklum lah kedai menjadi kunjungan orang ramai. Pelayannya kadang-kadang keliru dengan pesanan yang mana patut dihantar.
Info dari Wikipedia:
Putu piring banyak dijual di pasar malam . Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi , yang berintikan nisan atau gula Melaka . Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda(nyiur kulit hidup).
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh .
Kesian aku tengok asyik merenggek-renggek kegatalan pada badannya. Sabar lah wahai anakku ini dugaan untuk kamu. Baba dan ibu doakan agar kamu cepat sembuh .. Amin.
Semalam aku sudah carikan teman untuk si Patin.Kasihan aku tengok duduk dalam akurium sekor saja.Aku beli ikan patin juga untuk kawanannya.Kalau sebelum ini aku kawankan patin dengan ikan kap(si gemuk).Selepas patin baru aku masukkan,barulah si Patin cergas.Aku beli juga ikan kap kecil untuk kelihatan lebih menarik akurium aku. Motor sedut air pun ku tukar baru kerana yang lama sudah rosak.
Ikan peliharaan aku dah mati.Aku gelarnya si gemuk.Pagi semalam masa bagi makan tgk dia macam dah sakit.Balik dari kerja tengok dah mati.Lama aku bela si gemuk ni...hampir 3 tahun kurasa.Tinggal la si patin sekor dalam akuarium tu.Kena la aku cari teman untuk dia.Sabar yea Patin.
Kesesakan di Lebuhraya PLUS (nilai-seremban)cuti sempena tahun baru cina.
Posted by Unknown at 2:44 PTGPerjalanan balik ke kampung isteri pada 21 Jan 2012 sesak seawal jam 7 pagi lagi.Lengguh kaki melayan kesesakkan dipagi hari.Agaknya ini yang dihadapi oleh mereka-mereka yang berkerja di Kuala Lumpur setiap hari.