Putu piring pasar minggu Dengkil

Ahad lepas terpandang kuih putu piring di pasar minggu Dengkil. Terasa teringin nak makan , maklumlah benda kegemaran di zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun rasanya sudah tidak sehebat dulu , tapi cukup untuk mengimbau kenangan lalu.

Info dari Wikipedia:
Putu piring banyak dijual di pasar malam . Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi , yang berintikan nisan atau gula Melaka . Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda(nyiur kulit hidup).
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh .

0 comments: