Dah lama cari kedai cendol nie...terletak dicelah-celah kedai kain di pekan tangkak.Masa aku sampai kedai ni baru siap-siap nak buka.Memang selambe je mamat cendol nie..tenang je walaupun ramai dah tuggu nak pekena cendolnya.Tapi aku kira bertuah dia boleh ingat aku dan rombongan aku nak makan cendolnya.Maklum lah dah ramai yang tak sabar menunggu mahu pekena cendol.
Cendol yang sampai untuk di santap.Apa yang boleh aku katakan tentang cendol ini,BIASA-BIASA sahaja.Mungkin aku pernah rasa cendol lebih sedap daripada ini.
Air batu ciput tak sejuk, cendol kena makan sejuk-sejuk. Santannya tak kick sangat...harga mahal untuk ada kacang RM2 kot.Tak bebaloi langsung, tapi cendol hijaunya sedap tapi sedikit sangat.
Lokasinya memang strategik kerana celah diantara kedai kain.Terasa klasik je pekena cendol kat sini.Apapun cendol kat sini tak boleh lawan cendol belakang The Store Banting.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan