S275 Kota Warisan bhg 2

Bahagian 2
  Berkisar tentang meal hours dan juga rider baru.
Meal baru
Nasi lemak dan air coke
Rider baru
Kerel 2: kat mcd ke abg
Padisiam: Keja ke
Kerel 2: keje
Padisiam: Dgn sape
Kerel 2: razif kimi naim hanif(baru)
Padisiam: Hahahahaaa
Padisiam: Gilo
Padisiam: Razif x main peranan ke
Kerel 2: hahahaha
Kerel 2: tak
Kerel 2: budak kota tuh😂
Padisiam: Ooo
Padisiam: Budak lg ke
Kerel 2: aahh
Kerel 2: budak tahfiz
Kerel 2: bakal uztaz
Kerel 2: ustaz
Padisiam: Budak kota lg tggu sampai mlm
Kerel 2: die kata tengah tunggu visa pergi indon
Padisiam: Ooo
Kerel 2: itu yg die keje dulu kot
Padisiam: Oder ok ke
Kerel 2: okey aje lahh
Padisiam: Ko dh brp
Kerel 2: 4
Kerel 2: biasa lahh
Padisiam: Nampaknya sehari target 5 oder je la skrg
Kerel 2: nampak gayanye mcm tuh lahh😂
Padisiam: Janji ada oder je
Padisiam: Jgn dtg sidai
Kerel 2: hahahaha
Kerel 2: sidai itu perkara biasa
Padisiam: Korg la
Kerel 2: hahahaha
Naim dengan belanja sate nya

S275 KOTA WARISAN

Bahagian 1
"Keja pakai motor... Motor pakai petrol... Petrol pakai wang...Wang dari kerja.... Kalau wang x de amcm mau keja".

Disuatu sudut dibawah pokok petai jawa,  sekumpulan  rider mdc sedang menunggu order. Kebetulan hari Selasa.
"Gaji harini kan geng? " ujar zaidar.
"Tolonglah check " balas Wan.
Sepi!  Tiada apa tindakkan daripada Zaidar.

Tiba-tiba Deli ingin memberitahu kepada rakan rakan dia mendapat info daripada whatsapp bahawa ada rider tewas melanggar lembu di laluan kawasan kota warisan- sunsuria .
"Mana lembunya?"sampuk hafidz
"Hahahaha..Lari dah"balas deli.
Memang tiada lembunya yang ada hanya motorsikal sahaja. Sepi lagi.. Masing-masing melayan perasaan sambil tunggu oder masuk pada henfon .

"Nasib ada baki sikit lagi dalam bank....dapat juga  makan tenghari" zaidar berkata
" Nak harap mcd mmg kebulur tak makan la harini" ujarnya sebagai protes gaji tidak masuk lagi.

"Naim,  kad vaksinasi kamu tercicir di Stor mcd" kak piqa tulis dalam whatsapp. Akak pegang dahulu nanti petang saya ambil. Balas naim. "Dah,  nak hancur buang saje la" ujar wan. "Pandai2 jea abg wan ni"  balas Naim.

" Nak susur masuk cyberjaya ada roadblok! "Deli beritahu.
" Kita  tak cover sampai cyberjaya "balas hafidz sambil tergelak.
"Bagitahu je takot ada rider kita lari pergi cyberjaya". Izham pon tergelak-gelak mendengar kata-kata mereka berdua.

Sedang menunggu oder masuk, tiba-tiba masuk pesanan dari whatsapp..
"Rider! tunggu sekejap , sistem loginext bermasalah kak piqa tengah troubleshoot"ujar nisha.
"Ada 5 order loading"sambung beliau  lagi.

Mcd Kak Pika: Alif ada mana ?
Mcd Kak Pika: Kat store ke?
Mcd Kak Pika: akak nak offer order ni!
Mcd Kak Pika: 3 order boleh?
Mcd Alif: boleh
Mcd Alif: bagi je
Mcd Alif: sorry atas motosikal tadi.
Mcd Kak Pika: Okey one more!!!



perjalanan hidup

Mahligaimu dari air mataku, lagu rock leleh tahun 90an. Ketika itu aku masih di bangku sekolah lagi. Bersama rakan sekampung bermain gitar dibawah pokok sawit dikala itu hanya setinggi lima meter. Aktiviti harian semasa di waktu itu. Tidak seperti hari ini, hanya duduk dirumah bersama gajet. 

Sambil lepak, mesti ada cerita baru atau gosip panas tak kira la sama ada pasal awek baru masuk kat sekolah ke atau kedai game ada permainan baru. Petang jam lima aktiviti bersukan sama ada sepak takraw atau bola sepak. Yang tidak minat bersukan ,port biasa bersama sebuah gitar nyanyi bersama sama. 

Itu cerita dahulu, cerita sekitar sebuah kampung yang belum tahu apa itu pembangunan. Hanya pewaris awal peneroka tanah yang kita kenal. Kalau ada orang yang tak dikenali mungkin menantu atau orang menyewa dikampung ini.