Isnin
Cuaca masih lagi tidak baik, berjerebu.
Tapi sekolah dibuka setelah ditutup selama seminggu yang lalu .
Di sudut kedai kopi itu ada susuk tubuh sasterawan negara A Samad Said sedang membaca akhbar....
Menyusuri jalan kelihatan ada berberapa peniaga nasi lemak setia menjaja dia situ. Teruskan perjalanan dan menuju ke destinasi untuk mengambil passport pelanggan.
Sekarang berada di jalan universiti setelah melalui jalan Seksyen 17. Dari jalan universiti membelok ke arah seapark... aku sudah tersilap jalan😂 . Tak pe kita kasi golek je tayar, tak sesat tak kenal tempat nanti.
Setiba disitu,pagar berkunci lalu hubungi Mr Konji . Diminta tunggu sebentar, syarikat ini bersebelahan dgn nasi lemak bumbung , viral juga gerai nasi lemak ni sentiasa penuh. Tang mana sedapnya tak tahu la. Mr Konji pun turun dan serahkan dokumentasi untuk mohon visa china .
Ayuh! Golekkan tayar pulang ke pejabat. Kali ini perjalanan betul mengikut apa yg aku telaah dari peta google. Jalan ke Hospital Univertsiti sesak teruk lalu susur ke jalan Universiti Malaya, lalu keluar di jalan pantai. Chantik! Mudah sungguh jalan ini...
~~Aduh, dah taip panjang panjang sekali semua hilang. Habis idea dan luahan yg telah dicatatkan~~ Malang!
Fendi dapat surat tunjuk sebab berkenaan lesen Memandu dan tidur semasa waktu bekerja.
Menu makan tghari
Nasi+telur asak lemak+sayur ulam.
Alhamdulillah , Syukur kepada Allah yang telah memberiku rezeki.
Bersidang di pantry sambil berkudapkan muruku dan biskut . Sedang rancak berbual Kunaselvi datang brtanyakan soal visa. Senyap!
Solat asar, usai solat ada baki dua biji karipap yang dibeli pagi tadi abis dibaham. Makan saje macam mana badan tak bulat🤔.
0 comments:
Catat Ulasan