malam yang lapar

malam
Hujan di luar sana masih lagi menitis membasahi bumi. Sedikit sejuk suhu malam ini,terdengar suara si kodok sedang berdondang sayang gembira. Tanda rumah mereka sejuk dan basah. Malam ini sudah Ramadhan yang ke lima belas,aku yang baru pulang dari tangkak tidak dapat pergi berjemaah di surau. Malam kian larut tetapi perut merungut lapar. Terus ke dapur mencari benda untuk di kudap tapi tiada. Lalu ku capai sebungkus mee segera jenama Maggie untuk ku kudap . Seulas bawang merah dan putih, lima biji cili padi penambah pedas dan sebiji telur ayam untuk beri rasa syoknya sampai boleh tidur lena..
sesudah siap di masak memang sedap dimakan... kena pula pada masa nya iaitu "hujan". Sungguh nikmat rezeki pemberian Nya.... Syukur,Alhamdulillah.

0 comments: