malam yang lapar

malam
Hujan di luar sana masih lagi menitis membasahi bumi. Sedikit sejuk suhu malam ini,terdengar suara si kodok sedang berdondang sayang gembira. Tanda rumah mereka sejuk dan basah. Malam ini sudah Ramadhan yang ke lima belas,aku yang baru pulang dari tangkak tidak dapat pergi berjemaah di surau. Malam kian larut tetapi perut merungut lapar. Terus ke dapur mencari benda untuk di kudap tapi tiada. Lalu ku capai sebungkus mee segera jenama Maggie untuk ku kudap . Seulas bawang merah dan putih, lima biji cili padi penambah pedas dan sebiji telur ayam untuk beri rasa syoknya sampai boleh tidur lena..
sesudah siap di masak memang sedap dimakan... kena pula pada masa nya iaitu "hujan". Sungguh nikmat rezeki pemberian Nya.... Syukur,Alhamdulillah.

Tu dia......

Kadang kala aku tidak faham dengan perangai mereka,macam cerita hindustan.
marah,sedih dan dendam memang rencah jalan ceritanya. Marah sahaja yang tahu tanpa mendengar permasaalahan ditepinya. Tetapi tidak mengapa lah hari ini hari mereka... esok lusa siapa yang tahu.
Hari ini rasa umpama terjun bangunan manakan tahu esok ibarat makan ayam goreng kfc.
Setiap manusia pasti akan diuji oleh penciptaNya.Agar manusia itu tahu bahawa mereka tidak punyai apa—apa tanpa keizinan Allah.

Memang meletop kalau dikala hujan.


Memang syok dapat pekena maggi ni kalau time hujan,mmg layan syahdu.
Senang nak disediakan tapi mesti mau pedas.
klau tak pedas tak de ummph.

Tiada kata—kata

Sudah bersawang ... minat untuk menulis dah berkurangan.
Masalah kurang idea atau malas puncanya.
Mungkin usia tua menghampiri,kurangnya keinginan itu ini.