Malaysia Hari Ini

Pepagi dah buka tv terlayan rancangan Malaysia Hari Ini. Penceritaan agak menarik bersempena dengan Hari kemasyuran Malaysia 16 September . Berlatar belakangkan rumah Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Cendol celah kedai kain Tangkak.

Dah lama cari kedai cendol nie...terletak dicelah-celah kedai kain di pekan tangkak.Masa aku sampai kedai ni baru siap-siap nak buka.Memang selambe je mamat cendol nie..tenang je walaupun ramai dah tuggu nak pekena cendolnya.Tapi aku kira bertuah dia boleh ingat aku dan rombongan aku nak makan cendolnya.Maklum lah dah ramai yang tak sabar menunggu mahu pekena cendol.

Cendol yang sampai untuk di santap.Apa yang boleh aku katakan tentang cendol ini,BIASA-BIASA sahaja.Mungkin aku pernah rasa cendol lebih sedap daripada ini.

Air batu ciput tak sejuk, cendol kena makan sejuk-sejuk. Santannya tak kick sangat...harga mahal untuk ada kacang RM2 kot.Tak bebaloi langsung, tapi cendol hijaunya sedap tapi sedikit sangat.

Lokasinya memang strategik kerana celah diantara kedai kain.Terasa klasik je pekena cendol kat sini.Apapun cendol kat sini tak boleh lawan cendol  belakang The Store Banting.

Rojak Mee Bukit Gambir, Muar.



Balik kampung hari tu pergi ke Bukit Gambir bawa atuk orang umah aku cari racun . Dalam perjalanan pulang, atuk ajak pegi minum di pekan Bukit Gambir.Dia ajak lepak gerai bawah pokok . Ramai otai-otai melepak selepas seharian di kebun.Gerai ni biasa saje...seperti gerai dikampung-kampung.
Atuk cakap di kedai ini rojaknya sedap.Aku pesan rojak dengan nescafe ais.Rojaknya sedap juga...cuma ada mee..aku tak gemar rojak mee. Apa-apa pun rojaknya sedap.