Sarapan Nasi Lemak Joe , Dengkil

Nasi lemak diantara yang tersedap pernah aku makan. Nasi lemak ini memang terkenal di kalangan warga Dengkil. Sambalnya memang terbaik. Nasinya panas-panas, memang berbaloi-baloi.
Tapi untuk pekena nasi lemak ini... memerlukan kesabaran yang tinggi. Almaklum lah kedai menjadi kunjungan orang ramai. Pelayannya kadang-kadang keliru dengan pesanan yang mana patut dihantar.

Langsat

Kawan pejabat beri buah ini. Lama tak makan buah ni. Sesekali merasa sedap pulak...lagi-lagi orang bagi memang sedap. Mungkin sebab nikmat hadiah daripada pemberian orang. Terima kasih kepada kak Ina kerana sudi beri buah ini kepada saya.

Putu piring pasar minggu Dengkil

Ahad lepas terpandang kuih putu piring di pasar minggu Dengkil. Terasa teringin nak makan , maklumlah benda kegemaran di zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun rasanya sudah tidak sehebat dulu , tapi cukup untuk mengimbau kenangan lalu.

Info dari Wikipedia:
Putu piring banyak dijual di pasar malam . Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi , yang berintikan nisan atau gula Melaka . Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda(nyiur kulit hidup).
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh .

EURO 2012 akan bermula.

Sepak mula akan berlangsung pada tengah malam ini waktu malaysia. Perlawanan pembukaan akan dimulakan dengan pertembungan diantara Poland bertemu Grecee. Demam bola akan melanda seluruh dunia. Jadual perlawanan untuk waktu malaysia memang bikin mata jadi lebam. Jam 12 tengah malam dan jam 3 pagi.

Layankan saje...

Tengah buat invois perut lapar la pulak. Nak kuar pekena roti banjir malas ... Selak-selak celah kertas ada pulak benda nie. Layankan aje..hak3 siap kongsi lagi dengan kawan.

Diluar kotak pemikiran

Memang gila kentang betul..aku ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu/operator telefon. Sengal betul.. Ini akibatnya bila mereka-mereka yang berkenaan dengan bidang ini cuti. Tetapi tidak mengapa ini satu cabaran dan pengalaman dalam kerjaya aku. Tapi kelakar pun ada, kebiasaannya bidang ini banyak dipelopori oleh golongan wanita.

Kopi ais kaw

Terkenang akan kopi ais kaw kedai mamak fadiya. Memang terbaik punya kopi ais . Sekali sedut membuat aku terus terkasima..hak3 memang tidak mengecewakan. Selalu kopi ais kurang kaw yang aku dapat. Mungkin tukang bancuh air orang lain agaknya. Tapi memang terbaik.