Broga Hill


Ahad lepas entah buang tebiat ape aku teringin nak daki bukit broga.Pada mulanya kawan aku..Wan Semenyih yang cadangkan program nie.Beriya-iya dia mengajak aku untuk mendaki Broga Hill ni.Tapi bila tiba saatnya dia tak dapat sertai ...

Tak pe lah aku tak dapat nak buat ape.Nampak gayanya aku kena daki Broga Hill sorang-sorang .

Seramai umat disana
Sepanjang perjalanan dikaki bukit..jalannya memang bahaya..bercerun curam.Kaki mesti mahu kuat .
Mula perjalanan aku ikut diorang nie...mula-mula boleh lah..lama-lama aku kena tinggal dengan dia orang ni.Aku pelahan- lahan teruskan langkah,semput juga nafas aku(kes pagi sarapan dgn rokok la ni)

Pada mulanya aku fikirkan aku sudah semakin hampir ke puncak Bukit Broga,telahan aku silap..rupa-rupanya bukit nie ada peringkat-peringkatnya..

Ini baru peringkat yang pertama.Lutut aku sudah mula rasa kesanggalannya.kekuatan dan keseimbangan badan pun makin berkurangan.Tenaga aku makin sikit.



Tapi bila dah sampai peringkat pertama pun dah rasa seronok..pemandangan yang segar.Alhamdulillah boleh juga aku daki walapun tidak sampai kepuncaknya.
 
Maha Suci Allah...langit yang membiru dan bumi luas terbentang , tenang jiwa bila berada atas bukit ni.Ikutkan hati nak menjerit kepuasan...segan la ramai manusia ..hehehehehee



Macam-macam ragam manusia ada kat atas sini.Ada yang penat , ada yang gembira dan ada yang kekejangan otot.


Jauh sayup kelihatan kelibat manusia..macam ada pesta.






0 comments: