Broga Hill


Ahad lepas entah buang tebiat ape aku teringin nak daki bukit broga.Pada mulanya kawan aku..Wan Semenyih yang cadangkan program nie.Beriya-iya dia mengajak aku untuk mendaki Broga Hill ni.Tapi bila tiba saatnya dia tak dapat sertai ...

Tak pe lah aku tak dapat nak buat ape.Nampak gayanya aku kena daki Broga Hill sorang-sorang .

Seramai umat disana
Sepanjang perjalanan dikaki bukit..jalannya memang bahaya..bercerun curam.Kaki mesti mahu kuat .
Mula perjalanan aku ikut diorang nie...mula-mula boleh lah..lama-lama aku kena tinggal dengan dia orang ni.Aku pelahan- lahan teruskan langkah,semput juga nafas aku(kes pagi sarapan dgn rokok la ni)

Pada mulanya aku fikirkan aku sudah semakin hampir ke puncak Bukit Broga,telahan aku silap..rupa-rupanya bukit nie ada peringkat-peringkatnya..

Ini baru peringkat yang pertama.Lutut aku sudah mula rasa kesanggalannya.kekuatan dan keseimbangan badan pun makin berkurangan.Tenaga aku makin sikit.



Tapi bila dah sampai peringkat pertama pun dah rasa seronok..pemandangan yang segar.Alhamdulillah boleh juga aku daki walapun tidak sampai kepuncaknya.
 
Maha Suci Allah...langit yang membiru dan bumi luas terbentang , tenang jiwa bila berada atas bukit ni.Ikutkan hati nak menjerit kepuasan...segan la ramai manusia ..hehehehehee



Macam-macam ragam manusia ada kat atas sini.Ada yang penat , ada yang gembira dan ada yang kekejangan otot.


Jauh sayup kelihatan kelibat manusia..macam ada pesta.






Yamaha SRX105 vs Yamaha SR Lagenda110

Dua buah jentera yang pernah ku miliki.Yang atas Yamaha SRX dan yang bawah pulak Yamaha SR Lagenda.Dua-dua aku suka :-).Tapi yang SRX dah terkubur dah..asyik rosak dan bagi aku banyak masalah setiap bulan ..
Yamaha lagenda pulak..masih lagi memberi khimat untuk aku..setia sungguh..
Gambar ni pun aku jumpa..pergghh dah lama simpan ..tp yang simpan gambar nie mak aku yang simpan..hehehee kalau aku , ntah dah lepas kemana pun x tau la.
Seronok pulak tengok gambar macam nie...leh mengimbau kenangan yang lepas-lepas.
Apa-apa pun aku suka akannya....bye²

Mesyuarat

Semalam aku bermesyuarat program belia untuk kampung aku....dorang nak anjurkan program JOM MAIN BOWLING BESAMA BELIA . Aku telah dilantik menjadi Urusetia pengelolan & hebahan. Apa-apa lah...tugasannya ialah untuk menarik belia-belia gugusan kampung aku untuk menyertai program tersebut.Seronok juga ada aktiviti sebegini.Baru boleh tengok kerjasama antara belia yang baru dan belia yang dah nak pencen dari belia.Harap-harap program ini akan berjalan lancar hendaknya. Amin

A.L.A.H.A.I

Terkena aku malam nie...semua dah siap...otak pun dah set nak main badminton malam nie...sampai je kat dewan...pergghhh awat meriah sangat malam nie....ada game besar ke???? sekali gi tengok dekat-dekat ...india wat majlis kahwin lerrr....ALAHAI kempunan aku nak main badminton malam nie....