Hari keluarga bersama rakan-rakan Travelbiz

Pada 17&18 Disember 2011 aku dan rakan-rakan tempat telah mengadakan hari keluarga di LGM Lodge Port Dickson.Segala yang dirancang berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada En.Ramli dan En.Salleh yang telah menjayakan program ini.

Bersantai ke Pengkalan Balak,Melaka.

Bersantai di Pengkalan Balak bersama dengan keluarga Pakcik,Ayim dan abang Joe.Memang terbaik tempat penginapan kami,tenang dan damai.Chalet mengadap laut,bangun pagi dengar deruan ombak menghempas pantai.Mungkin aku akan kesini lagi.

RIDE TO FRASER HILL














Sesi memancing sempena hari buruh ke Jugra

Tarikh:30 Apr 2011
Masa : 7 malam

Lokasi : Kg Sawah & Batu Hampar,Jugra-Banting
Pemancing : Wira,Apit & Aku

suasana sungguh mendamaikan hati...tenang.Masa sampai air baru nak surut,sampah x usah cakap la mcm² yg hanyut.Dari yg kecil sampai ke pelepah kelapa pun ada

Apit & Wira tengah menilik paras air.hahahaaa

Start fishing...umpan , joran ,matakail dan batu ladung ..siap semua.

Matahari mula terbenam.Tengok kepada keadaan air tenang je.memang sesuai tuk labuhkan umpan ke perut sungai.

Bot-bot mudik ke hilir..turun ke laut ke?? Entahlah tak pasti aku.

Bot tunda besi....malam kian menjelma

En.Wira(pencadang mancing kat sini) sedang setting umpan ke matakail.


Hasil dari joran apit-2 ekor ikan duri

Alatan pancing dari Apit dan Wira


Hasil tangkap kurang memuaskan sebab air surut.Jadi kami bercadang untuk menukar port yg lebih hampir dgn laut.Lalu kami ke Batu hampar berhampiran dengan muzium jugra.Tapi hasil pancingan tetap kureng..hanya 3 ekor ikan duri saje yg dapat didaratkan.Sesi memancing untuk kali ini tamat pada pukul 5 pagi itu pun kerana hujan telah turun.

Pasar malam Tangkak

Balik kg orang rumah hari tu ..saje jalan² g pasar malam Tangkak..nak tau gak suasana pasar malam kat area sini.

N.A.S.I L.E.M.A.K

Nasi Lemak

Santai di Tasik Cyberjaya

Santai bersama keluarga di Tasik Cyberjaya.
Tempat ini bagus untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.Tetapi tempat ini kena dibangunkan semula,memandangkan hampir 70% kemudahan yang ada disini banyak telah reput dan tidak berfungsi dengan baik.

Pemandangan disini memang segar dan tenang.Air tasik berkilau dikala terkena pancaran matahari.Pokok-pokok yang rendang meredupkan kawasan sekitar tasik.

Nah! lihatlah sendiri kerendangan pohon ini,macamana....ngerikan.Tapi dengan ada pokok macam ini dapatlah kita berteduh dibawahnya.

Kalau depan rumah ada pemandangan macam ni kan bagus,Bangun pagi buka pintu dapat lihat kehijauan bumi Allah.Sejuk mata memandang....












Murtabak Singapura seksyen 15 B.B.Bangi

Aku ada terbaca kisah murtabak singapura dalam blog-blog berkenaan dengan tempat makan yang biasa mereka telah jelajah dan turuti nasfu makan mereka.Aku boleh dikatakan sebagai penggemar murtabak sejati.Jadi bersusah payahlah aku mencari premis yang telah digembar-gembur oleh mereka.Memang ramai orang mengunjungi premis ini..Memang dahsyat.Jadi berkobar-kobar aku hendak membelinya,dalam hati berkata"mesti sedap ni".
Tetapi setelah aku merasai intipati dan memamahnya....Murtabak ini tidak dapat memikat hati aku.
Aku bagi 3 bintang daripada 5 bintang untuk Murtabak Singapura ini.


Broga Hill


Ahad lepas entah buang tebiat ape aku teringin nak daki bukit broga.Pada mulanya kawan aku..Wan Semenyih yang cadangkan program nie.Beriya-iya dia mengajak aku untuk mendaki Broga Hill ni.Tapi bila tiba saatnya dia tak dapat sertai ...

Tak pe lah aku tak dapat nak buat ape.Nampak gayanya aku kena daki Broga Hill sorang-sorang .

Seramai umat disana
Sepanjang perjalanan dikaki bukit..jalannya memang bahaya..bercerun curam.Kaki mesti mahu kuat .
Mula perjalanan aku ikut diorang nie...mula-mula boleh lah..lama-lama aku kena tinggal dengan dia orang ni.Aku pelahan- lahan teruskan langkah,semput juga nafas aku(kes pagi sarapan dgn rokok la ni)

Pada mulanya aku fikirkan aku sudah semakin hampir ke puncak Bukit Broga,telahan aku silap..rupa-rupanya bukit nie ada peringkat-peringkatnya..

Ini baru peringkat yang pertama.Lutut aku sudah mula rasa kesanggalannya.kekuatan dan keseimbangan badan pun makin berkurangan.Tenaga aku makin sikit.



Tapi bila dah sampai peringkat pertama pun dah rasa seronok..pemandangan yang segar.Alhamdulillah boleh juga aku daki walapun tidak sampai kepuncaknya.
 
Maha Suci Allah...langit yang membiru dan bumi luas terbentang , tenang jiwa bila berada atas bukit ni.Ikutkan hati nak menjerit kepuasan...segan la ramai manusia ..hehehehehee



Macam-macam ragam manusia ada kat atas sini.Ada yang penat , ada yang gembira dan ada yang kekejangan otot.


Jauh sayup kelihatan kelibat manusia..macam ada pesta.






Yamaha SRX105 vs Yamaha SR Lagenda110

Dua buah jentera yang pernah ku miliki.Yang atas Yamaha SRX dan yang bawah pulak Yamaha SR Lagenda.Dua-dua aku suka :-).Tapi yang SRX dah terkubur dah..asyik rosak dan bagi aku banyak masalah setiap bulan ..
Yamaha lagenda pulak..masih lagi memberi khimat untuk aku..setia sungguh..
Gambar ni pun aku jumpa..pergghh dah lama simpan ..tp yang simpan gambar nie mak aku yang simpan..hehehee kalau aku , ntah dah lepas kemana pun x tau la.
Seronok pulak tengok gambar macam nie...leh mengimbau kenangan yang lepas-lepas.
Apa-apa pun aku suka akannya....bye²

Mesyuarat

Semalam aku bermesyuarat program belia untuk kampung aku....dorang nak anjurkan program JOM MAIN BOWLING BESAMA BELIA . Aku telah dilantik menjadi Urusetia pengelolan & hebahan. Apa-apa lah...tugasannya ialah untuk menarik belia-belia gugusan kampung aku untuk menyertai program tersebut.Seronok juga ada aktiviti sebegini.Baru boleh tengok kerjasama antara belia yang baru dan belia yang dah nak pencen dari belia.Harap-harap program ini akan berjalan lancar hendaknya. Amin

A.L.A.H.A.I

Terkena aku malam nie...semua dah siap...otak pun dah set nak main badminton malam nie...sampai je kat dewan...pergghhh awat meriah sangat malam nie....ada game besar ke???? sekali gi tengok dekat-dekat ...india wat majlis kahwin lerrr....ALAHAI kempunan aku nak main badminton malam nie....

JM Bariani - Tesco Shah Alam

Beriani Gam Kambing







S.A.R.A.P.A.N ~ P.A.G.I

~SARAPAN PAGIKU~

DOA SEBELUM MAKAN
Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau rezkikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.


mee goreng + kuew tiaw goreng + maggie goreng + telur mata


teh tarik segera..

~sedap~
 
DOA SELEPAS MAKAN
Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim

Born To Ride

Hmmm..jentera ku yg semakin uzur.Telah berkhidmat kepada ku semenjak Disember 2003 sehingga kini.Meter kilometer pun dah pusing dua kali.(korg kira la sendiri dah berapa jauh jentera nie bergerak).Itu tak kira lagi kalau kabel meter putus...memang jauh.Paling jauh jentera nie bergerak ke..Tangkak,Johor.
Memang penuh dengan kenangan...kalau rosak tu dah tak terkira.Perkhidmatannya masih aku perlukan untuk aku berulang alik kerja ke Kuala Lumpur.
"YAMAHA LAGENDA KU"

B.A.T.U.K

Batuk ku yang tidak baik lagi,ada peluang untuk aku berhenti merokok nie..hihihihihk jangan azam kosong
masa batuk je,bila dah baik batuk merokok baik

*Azam yang tak kesampaian...malam tadi aku sedut baik punya :(

H.U.J.A.N

Pagi cuaca cantik,dengan riang hati la bawak LC 135 ku...
Bila menjelang petang..langit mula mendung dan ciri-ciri hujan pasti akan turun...
Turun dengan lebatnya..Arghhh tensionnya,baju hujan aku x bawak..semua kat LAGENDA ku..
masak aku...mandi hujan la gamaknya nie..Hahahaha..padan dengan muka aku....Oh hujan

Nasi Ayam Baseer,Bandar Puteri Puchong

Aku dengan karl pegi cuba ..keputusanya

nasi: tak panas
ayam: macam ayam semalam je
sup: sup daging lari tune
sos:ok sedap
kicap: sikit sangat
air limau asam boi: sedap
air kelapa: kelapa tua

aku bagi 4/10 je kat nasi ayam nie