SABTU DAN SINAR

10pagi ambil bantuan mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Salak Tinggi. Jumlah bantuan sebanyak 2 ribu ringgit Malaysia. Alhamdulillah, dapat meringankan kewangan. Boleh la beli barangan yang perlu untuk rumah. 

BALIK KAMPUNG 
Selepas dari ambil bantuan banjir, bersiap untuk pulang ke kampung di Johor. Katanya ada makan makan kambing. 

R I B U T R A B U



P I N T U  B I L I K  M A N D I
pepagi dah kecoh pintu bilik mandi tercabut akibat si khalil Hauzan. Nasib baik aisya tak gi sekolah. Kalau tak lagi haru biru di buatnya. Hati tengah marah, semua kerja tak menjadi.
Letak tepi masalah pintu, gi hantar khalil ke sekolah dahulu. Lewat sampai pintu gate C sudah kunci. Kena ikut pintu utama sekolah.
Masih ramai lagi yang lewat hadir ke sekolah. Kebanyakan mereka seperti khalil pelajar pendidikan khas,Orang kelainan upaya . Lalaun pulang ikut jalan baharu. Banyak juga kenderaan dilaluan ini, masing-masing cuba elak kesesakan teruk untuk ke tempat kerja.

Singgah gerai Nasi lemak opocot, bungkus 2 nasi lemak dan 1 mihun goreng berserta sambal paru. Sampai rumah lihat orang rumah dah siap untuk pergi kerja. Ini hari dia harus ke Bandar Sunway menghadiri kelas.

Kembali kepada pintu bilik mandi berfikir sejenak mudahan diberi ilham dalam menyelesaikan masalah ini. Cabut semua skru di engsel pintu, ambil penukul dan ketuk disetiap bucu pintu. Alhamdulillah pintu muat dengan bingkainya. Sebelum ini pintu seakan senget dan menyebabkan pintu tidak muat pada bingkai pintu. Pasang semula dan cuba untuk memasang kunci, tetapi tak boleh. Sekadar ikat mengunakan tali rafia sahaja. Tak mengapalah, janji boleh kunci sudah. Terima kasih kepada anak sulung, sudi membantu bapak dia walaupun kosong mengenai ini semua. 

oh! sebuku roti pujaan hati


Pagi ni beli roti putih gardenia baru perasan harga sudah mahal. Perasan dahulu rasa harga sekitar RM2.30, terkini berharga Rm 2.80. Wow! Naik 50sen. Saiz roti pon semakin kecil dan nipis. Sedikit demi sedikit nikmat tuhan tarik. Semoga Allah merahmati kita semua.