13 Disember 2014
Masih lagi dalam mood cuti -cuti. Boring tak tahu nak pergi mana ajak orang umah dan anak gi ronda-ronda Bandar Muar.
Dalam perjalanan perut terasa lapar ,kami singgah Restoran Asam Pedas Tg Agas. Pekena asam pedas dulu baru senang hati nak meronda. Singgah sebentar di Giant tanjung Agas.
Tiba-tiba terfikir nak cuba naik bot untuk menyusuri sungai Muar. Tiket dewasa rm10 kanak-kanak rm5. Memang teruja naik bot ni, dapat menikmati keindahan Bandar Muar dengan menaiki bot. Memang pengalaman ini tidak mungkin akan dilupakan....
11 Disember 2014
Sempena hari keputeraan sultan selangor aku sekeluarga pergi bercuti ke pengkalan balak. Kami menginap di pantai suria chalet. Chalet yang menghadap laut memang menenangkan jiwa. Chaletnya bersih dan selesa. Cuma tempat letak kereta sempit andai datang ramai.
Langgan:
Catatan (Atom)