16 September: Aktiviti konvoi bermotosikal ke Bentong, Pahang. Hajat di hati nak melayan lemang toki,tapi tak kesampaian. Penuh dengan bikers. Mungkin cuti hari Malaysia. Hendak ke Chamang melayan kesejukan airnya terpikir akan musim hujan takut kepala air pula. Persetujuan sepakat untuk terus menyusuri jalan Bentong ke Bukit Fraser. Dengan keadaan jalan yang bersilih ganti selekohnya membuat penunggangan menjadi sedikit letih.
Setiba di puncak Bukit Fraser pada jam 1 petang.Perut mula menunjuk kelaparan terlampau akibat di Bentong tadi tak dapat makan lemang. Perrrgghhh mahal gila makan kat medan selera disini, harga tak masuk akal. Tak apa la mungkin itu cara mereka. Lepas makan pergi ronda-ronda dan solat kemudian bergerak turun melalui jalan Kuala Kubu.
Selesai melayan selekoh-selekoh menuruni ke pekan Kuala Kubu, kami singgah sebentar di air terjun Chilling. Hajat nak mandi manda di situ tapi penuh dengan manusia. Hari cuti katakan, mana-mana tempat rekeasi penuh. Meluang masa bersama keluarga. Hajat mandi manda terpaksa di pendamkan. Terfikir akan Sungai Sendat di pekan Ulu Yam lama. Ayuh rakan kita bertolak ke sana... terfikir akan penuhnya manusia lagi di sana terfikir mandi sungai di Batang Kali sahaja.
Melayan kesejukan air sungai Kg Ulu Rening dapat meredakan kepanasan badan. Lebih kurang jam 5 petang kami bergerak untuk pulang. Tapi singgh sebentar di Batu Caves untuk makan, perut lapar bang...
Kesimpulan: konvoi ini berjalan dengan lancar. Walaupun tujuan asal tidak dapat dilaksanakan.
Langgan:
Catatan (Atom)