Bersiar menaiki bot menyusuri sungai muar.

13 Disember 2014
Masih lagi dalam mood cuti -cuti. Boring tak tahu nak pergi mana ajak orang umah dan anak gi ronda-ronda Bandar Muar.
Dalam perjalanan perut terasa lapar ,kami singgah Restoran Asam Pedas Tg Agas. Pekena asam pedas dulu baru senang hati nak meronda. Singgah sebentar di Giant tanjung Agas.
Tiba-tiba terfikir nak cuba naik bot untuk menyusuri sungai Muar. Tiket dewasa rm10 kanak-kanak rm5. Memang teruja naik bot ni, dapat menikmati keindahan Bandar Muar dengan menaiki bot. Memang pengalaman ini tidak mungkin akan dilupakan....

Bercuti ke Pengkalan Balak

11 Disember 2014
Sempena hari keputeraan sultan selangor aku sekeluarga pergi bercuti ke pengkalan balak. Kami menginap di pantai suria chalet. Chalet yang menghadap laut memang menenangkan jiwa. Chaletnya bersih dan selesa. Cuma tempat letak kereta sempit andai datang ramai.

Asam Pedas Tok Uban,B.B.Bangi.

23 Nov Boring tak tahu nak buat apa, jadi ajak org umah g jalan-jalan cari makan. Selepas survey apa yang hendak di makan... aku memilih menu asam pedas.
Lokasi yang dipilih Restoran Asam Tok Uban di Seksyen 4 tambahan.
Aku memesan asam pedas ikan pari dua mangkuk, nasi putih dan telur dadar. Air kosong... aku kena bayar Rm19 menu yang di pesan. Berbaloi bayaran  dengan menu  yang diminta. Rasa bagi aku biasa.

Terjah Bukit Fraser....

16 September:  Aktiviti konvoi bermotosikal ke Bentong, Pahang. Hajat di hati nak melayan lemang toki,tapi tak kesampaian. Penuh dengan bikers. Mungkin cuti hari Malaysia. Hendak ke Chamang melayan kesejukan airnya terpikir akan musim hujan takut kepala air pula. Persetujuan sepakat untuk terus menyusuri jalan Bentong ke Bukit Fraser. Dengan keadaan jalan yang bersilih ganti selekohnya membuat penunggangan menjadi sedikit letih.
Setiba di puncak Bukit Fraser pada jam 1 petang.Perut mula menunjuk kelaparan terlampau akibat di Bentong tadi tak dapat makan lemang. Perrrgghhh mahal gila makan kat medan selera disini, harga tak masuk akal. Tak apa la mungkin itu cara mereka. Lepas makan pergi ronda-ronda dan solat kemudian  bergerak turun melalui jalan Kuala Kubu.
Selesai melayan selekoh-selekoh menuruni ke pekan  Kuala Kubu, kami singgah sebentar di air terjun Chilling. Hajat nak mandi manda di situ tapi penuh dengan manusia. Hari cuti katakan, mana-mana tempat rekeasi penuh. Meluang masa bersama keluarga. Hajat mandi manda terpaksa di pendamkan. Terfikir akan Sungai Sendat di pekan Ulu Yam lama. Ayuh rakan kita bertolak ke sana... terfikir akan penuhnya manusia lagi di sana terfikir mandi sungai di Batang Kali sahaja.
Melayan kesejukan air sungai Kg Ulu Rening dapat meredakan kepanasan badan. Lebih kurang jam 5 petang kami bergerak untuk pulang. Tapi singgh sebentar di Batu Caves untuk makan, perut lapar bang...
Kesimpulan: konvoi ini berjalan dengan lancar. Walaupun tujuan asal tidak dapat dilaksanakan.

Cuti sakit mata

Hari ni dah masuk hari kedua aku cuti sakit mata. Terkena jangkitan daripada adik aku. Dapat juga aku rehat-rehat, dah la lama tak cuti sakit.

Sarapan dipagi raya ke-4

Asyik dok makan kedai mamak je, muak la plak. Tengok roti ada tp tarikh dah sampai jangka hayatnya. Periksa tengok ada dah berkulat ke belum. Cincai kira panas kuali kasi panaskan roti tu... taruk mentega sikit, memang terbaik. Dipadankan pula dengan sup cendawan memang sedap .

Ayam goreng kunyit...

Sekali dah pekena, pasti ketagih.

Memancing

Hari ni cuti hari Wesak . Tak de nak gi mana - mana, jadi ajak geng-geng gi memancing kat lombong. Memang dah lama tak memancing...

Nasi ayam,mihun sup,laksa dan coconut shake.

Jalan-jalan cari makan di Salak.

Sedap, boleh datang lagi .

Pepahat goreng cili.

Dah lama tak makan masakkan ni. Nak suruh orang rumah masak la nanti.