Rezeki untuk semua. Alhamdullilah kami semua diberi rezeki kari kepala ikan tenggiri. Kerjasama dan sepakat semua dapat menjayakan kenduri ini. Seronok dapat berkumpul dan makan bersama rakan -rakan pejabat. Peluang sebegini sukar untuk ditolak.
Sardin.
Merupakan menu makan malam untuk aku malam ini. Digandingkan pula bersama kacang kelisa dan labu serta telur asin. Memang mengeyangkan.
Terlanjur cinta.
Slot drama yang ditayangkan di tv9. Aku tak faham sangat tentang cerita ini. Lakonan Aqasa dan Siti Saleha. Pertembungan antara dua darjat... cinta dan kuasa menjadi asas penceritaan drama ini. Kena pula hari ini episod terakhir. Dipenghujung cerita yang tidak memberi kesan kepada aku yang menonton, ringkas dan tidak seperti yang aku gambarkan. Aduh kesudahan yang bosan pada aku.
Semalam aku telah merancang untuk menunggang ke Genting Highlands bersama -sama dengan rakan motosikal. Perbincangan lepas dianggarkan lebih kurang 7 orang akan menyertai aktiviti ini. Tetapi kita merancang Allah tentukan, hanya 2 orang sahaja yang dapat menyertainya. Aku dan sepupu ku Zulhelmi. Mula-mula rasa malas nak pergi, tapi sesuatu hajat itu harus di teruskan. Dari tol Gombak jam 12 malam,dan selamat sampai ke puncak lebih kurang 45 minit kemudian. Sepatutnya boleh sampai awal tetapi jentera aku menghadapi masalah takala mendaki, memang meletihkan. Pengunaan petrol pun lebih. Rehat lebih kurang disana aku pun gerak turun. Perjalanan pulang singgah Sup Meletup di Sungai Besi. Lepak sebentar untuk mengisi perut yang lapar. Jam 3.15 pagi kami beransur pulang.
Lepas balik dari membantu menarik kereta, balik ke rumah. Perut tiba-tiba terasa lapar pula. Terasa hendak makan mee segera la pula. Ambil sebungkus maggie asam laksa ditambah pula sebiji telur rebus.... Alhamdullilah kenyang ... boleh lah masuk tidur.
Tadi aku dan bapaku membantu ayah adik ipar yang kerosakan kereta. Mereka dari melaka dan kereta mereka mengalami kerosakkan di Seremban. Kasihan mereka diwajah mereka tertera keletihan. Syukur Alhamdullilah kereta mereka pun berjaya ditunda ke bengkel.
Semalam kenalan pejabat berniat mahu belanja makan satay, sempena mendapat bonus. Dia ingin belanja kami satay Hj. Senin yang terletak di Jalan Semarak. Sataynya besar kuahnya pun sedap cuma kedekut sedikit pada kuahnya. Harga secucuk ialah RM0.80.