Demam yang tak kebah

Dah 4 hari macam nie, Demam tak kebah-kebah. Tua sangatkah aku ini daya tahan penyakit kurang kuat. Mungkin dah kurang akiviti mengeluarkan peluh. Hrmmmm moga dipermudahkan...

Demam yang tak kebah

Dah 4 hari macam nie, Demam tak kebah-kebah. Tua sangatkah aku ini daya tahan penyakit kurang kuat. Mungkin dah kurang akiviti mengeluarkan peluh. Hrmmmm moga dipermudahkan...

Hari minggu


Minggu terakhir sebelum menjelang ramadhan. Ini hari mau bersihkan tingkap. Nanti masa puasa tak sanggup la plak... heheheee. 

Hari ni isteri masak siput sedut dengan sambal petai ikan bilis, pergghhhh terangkat. Lepas makan ingat sambung cuci kipas la pulak. Semua dah berhabuk, tak selesa bila bangun dari tidur.


Jerebu melanda

Jerebu melanda Kuala Lumpur.

Kari kambing

25 Jun 2013 Semalam isteriku masak kari kambing, layan berminyak mucung bro.

Menu tengahari.

Asam pedas pari, ikan masin,nangka masak rebus. Tidak ketinggalan tempe dan tauhu serta sambal kicap sebagai hidangan tengahari ketika dikampung isteriku. Sedap semuanya.

Menyambut hari lahir Aiman yang ke4.

Berkunjung ke Bentong, rumah angah untuk menyambut hari lahir Aiman yang ke 4 tahun. Sambutan yang sederhana tetapi meriah. Maaf Aiman paklong tak belikan hadiah untuk kamu. Nanti paklong belikan yea.

Mihun Soto,Bukit Gambir.

Terbaik dari ladang.

Malas

Malasnya aku nak pegi kerja hari ni. Semua serba tak kena aje, mungkin penyakit kerap cuti agaknya. Badan pun tak berapa sedap lagi walaupun dah seminggu lebih kemalangan hari tu. Mungkin kerja-kerja yang tidak tetap yang terpaksa aku lakukan. Tanggungan diatas kebolehan yang dimiliki... itu semua harus ku pikul.

Kenduri

Rezeki untuk semua. Alhamdullilah kami semua diberi rezeki kari kepala ikan tenggiri. Kerjasama dan sepakat semua dapat menjayakan kenduri ini. Seronok dapat berkumpul dan makan bersama rakan -rakan pejabat. Peluang sebegini sukar untuk ditolak.

Sardin dan terlanjur cinta.

Sardin.
Merupakan menu makan malam untuk aku malam ini. Digandingkan pula bersama kacang kelisa dan labu serta telur asin. Memang mengeyangkan.
Terlanjur cinta.
Slot drama yang ditayangkan di tv9. Aku tak faham sangat tentang cerita ini. Lakonan Aqasa dan Siti Saleha. Pertembungan antara dua darjat...  cinta dan kuasa menjadi asas penceritaan drama ini. Kena pula hari ini episod terakhir. Dipenghujung cerita yang tidak memberi kesan kepada aku yang menonton, ringkas dan tidak seperti yang aku gambarkan. Aduh kesudahan yang bosan pada aku.

Menunggang ke Genting Highlands.

Semalam aku telah merancang untuk menunggang ke Genting Highlands bersama -sama dengan rakan motosikal. Perbincangan lepas dianggarkan lebih kurang 7 orang akan menyertai aktiviti ini. Tetapi kita merancang Allah tentukan, hanya 2 orang sahaja yang dapat menyertainya. Aku dan sepupu ku Zulhelmi. Mula-mula rasa malas nak pergi, tapi sesuatu hajat itu harus di teruskan. Dari tol Gombak jam 12 malam,dan selamat sampai ke puncak lebih kurang 45 minit kemudian. Sepatutnya boleh sampai awal tetapi jentera aku menghadapi masalah takala mendaki, memang meletihkan. Pengunaan petrol pun lebih. Rehat lebih kurang disana aku pun gerak turun. Perjalanan pulang singgah Sup Meletup di Sungai Besi. Lepak sebentar untuk mengisi perut yang lapar. Jam 3.15 pagi kami  beransur pulang.

Lapar

Lepas balik dari membantu menarik kereta, balik ke rumah. Perut tiba-tiba terasa lapar pula. Terasa hendak makan mee segera la pula. Ambil sebungkus maggie asam laksa ditambah pula sebiji telur rebus.... Alhamdullilah kenyang ... boleh lah masuk tidur.

Kasihan

Tadi aku dan bapaku membantu ayah adik ipar yang kerosakan kereta. Mereka dari melaka dan kereta mereka mengalami  kerosakkan di Seremban. Kasihan mereka diwajah mereka tertera keletihan. Syukur Alhamdullilah kereta mereka pun berjaya ditunda ke bengkel.

Satay Hj. Senin - Jalan Semarak

Semalam kenalan pejabat berniat mahu belanja makan satay, sempena mendapat bonus. Dia ingin belanja kami satay Hj. Senin yang terletak di Jalan Semarak. Sataynya besar kuahnya pun sedap cuma kedekut sedikit pada kuahnya. Harga  secucuk ialah RM0.80.