Ulangtahun perkahwinan yang ke-4

Sudah empat tahun alam perkahwinan aku,banyak suka dan duka ditempuhi. Dengan dikurniakan seorang cahaya mata terbangunlah satu keluarga. Alhamdulillah aku bahagia disamping mereka. Semoga ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Kuyup.

Hari ini Azhar cuti,maka  aku terpaksa pikul tugas menjadi despatch untuk kawasan Cyberjaya.Petang ada pula pasport yang perlu dihantar ke Ericsson. Sampai sahaja R&R MEX hujan turun dengan lebat, aku redahkan sahaja. Sampai di lokasi, serahkan pasport kepada Chong. Kuyup aku,perut pun terasa lapar. Sampai sahaja di rumah terus terjah tudung saji, tengok apa yang ada. Kosong,buka peti sejuk ,tengok ada sambal tumis...  memang cantik.  Panaskan kuali perhangatkan sambal... goreng telur tambah kicap. Memang sedap dimakan dikala lepas bermandi hujan .

Melepak bersama anak dara.

Hari ini aku tak kerja, masa untuk melepak bersama anak dara aku yang seorang ni. Lepak di kedai mamak berhampiran dengan rumah. Anak aku pun sibuk ajak pergi pasal nak ajak layan SPAREBUK (youtube) katanya. Layankan sahaja, asalkan dia gembira.