Melayan nasi kandar pulak aku untuk hari ini. Pertama kali pekena hari tu sampai mengantuk-ngantuk aku. Tetapi pada cubaan kedua memang mendukacitakan aku. Harga pun mahal, kuahnya kurang enak dan tidak serupa macm kali pertama aku makan. Mungkin tidak akan lagi kesini lagi untuk nasi kandarnya lagi.
Hari ni terasa nak makan nasi kerabu. Pagi-pagi nak mencekik berat-berat. Destinasi Taman Dengkil Jaya. Telur masin dan daging goreng sebagai tambahan.
Dapat juga aku makan nasi lemak Abang Janggut. Terubat rasa rindu pada nasi lemak dia. Rasanya tetap terbaik.
Asyik tido je keje aku hari ni. Bangun pegi solat jumaat,balik sambung tido lagi. Akibat semalam duk melepak sampai ke pagi...padan dengan muka aku. Kalau dulu memang aku orang yang tak pernah tahu tidur malam. Sekarang pukul sebelas dah menguap-guap lantaknya. Faktor dah kahwin sama juga agaknya...hehehe
Malam ni teringin nak makan daging masak kicap,jadi suruh la si isteri tercinta masakkan. Lagi daging korban banyak didalam peti sejuk. Tapi kurang pedas sebab anak dara aku kecil lagi jadi sebab ada cili potong diatas. Dua pinggan nasi aku bedal,tersandar kekenyangan dibuatnya.