Selamat pengantin baru azhar


Rojak...Kuih Udang...Mihun Goreng

Selera semalam tidak lebih kepada NASI. Entah mungkin aku dah terlebih makan nasi sangat kot.Pada hal pagi aku dah melantak nasi.

Tengahari aku berjalan sikit tuk cari rojak mamak yang suatu ketika dulu menjadi pujaan hatiku.Tapi sekarang rasanya hampeh. Aku tengok tokey kedai mamak nie pon dah org lain. Pekerja ada yang orang lama, tapi rasa rojak pun jadi lain.Memang rasanya jauh benar rasanya. Sayur timun dan taugeh sahaja yang banyak. Kuih-kuihnya sikit, rasa macam tak berbaloi plak.


Petangnya pula aku suruh orang umah aku beli kuih udang yang dijual disimpang jalan umah aku.Kuih udang lagi..hehehehe belasah je la kan. Kuih udangnya boleh tahan manakala sosnya pula di tambah dgn kacang tanah tumbuk. Lazat....



Malam pula, lepas solat isyak ada kenduri tahlil,hamba Allah telah jamu kami dengan mihun gorng sempoi.Terasa murah betul rezeki hari ni.















Naan Cheese RSMY ,Jalan Medan Tuanku




Semalam bersama kawan-kawan pejabat pergi melayan roti naan cheese
di RSMY Beryani of house di Jalan Medan Tuanku. Menu ala-ala Pakistan.
Menu yang aku pesan :
1.Naan cheese - Sedap bagi pengemar cheese
2.Naan garlic - Biasa-biasa sahaja.
3.Ayam Tandori - rempah salut ayam sedap
4.Keema Kambing - Biasa- biasa
5.Dhal - sedap tp mahal














Set hidangan yang kami pesan. Dari segi harga memang mahal kalau nak ikut dengan kuantiti makan yang dapat. Sekadar untuk mencuba kerana tergoda dengan komen-komen yang memberangsankan dari Blogger yang pernah cuba makan disini.



M.C

Aku mahu m.c hari ni,tekak sakit sendi dah senggal-senggal. Dah 3 hari situasi macam ni. Demam yang belum beransur pulih. Moga Allah sembuhkan demamku ini.