Nasi goreng seafood,sup campur dan mee goreng mamak.Menu yang aku pekena pada malam hari tu.Memang terbaik ...semua sedap dan lazat.Berbaloi la walaupun harganya sedikit mahal.
Semalam aku sudah carikan teman untuk si Patin.Kasihan aku tengok duduk dalam akurium sekor saja.Aku beli ikan patin juga untuk kawanannya.Kalau sebelum ini aku kawankan patin dengan ikan kap(si gemuk).Selepas patin baru aku masukkan,barulah si Patin cergas.Aku beli juga ikan kap kecil untuk kelihatan lebih menarik akurium aku. Motor sedut air pun ku tukar baru kerana yang lama sudah rosak.
Ikan peliharaan aku dah mati.Aku gelarnya si gemuk.Pagi semalam masa bagi makan tgk dia macam dah sakit.Balik dari kerja tengok dah mati.Lama aku bela si gemuk ni...hampir 3 tahun kurasa.Tinggal la si patin sekor dalam akuarium tu.Kena la aku cari teman untuk dia.Sabar yea Patin.
Mia oh Mia...nakal sangat.Sampai berjahit kening.Semoga cepat sembuh dan jangan nakal-nakal sangat tau.
Lagi satu aktiviti yang tidak terancang.Memang gempak , semua bersetuju untuk ke Genting Highlands.Kami ke puncak menggunakan kereta kabel.Sesak dan penuh dengan orang di puncak Genting ... Apa yang menarik sangat disini? Aku pun tak faham..Perjalanan pulang menggunakan kereta kabel memang memenatkan..berbaris hampir 1 jam baru aku dapat menaiki kereta kabel untuk turun ke bawah.Andai kata dimasa cuti sekolah entah mcmana agaknya klau menggunakan perkhidmatan kereta kabel ini?mahu hilang kesabaran menunggu agaknya.
Sempena cuti Maulidur Rasul aku sepupu-sepupuku telah merancang untuk mengadakan lepak santai di dusun pakcik di Batang Kali.Aktiviti mandi sungai dan panggang ikan...memang terbaik.
Molome kini berwajah baru.Lebih menarik paparannya.Tidak berserabut dan lebih teratur dan kemas.Cuma satu kelemahan yang teramat sangat kerana pesanan sering mengatakan memori penuh.Harap pihak molome dapat mengatasi kelemahan tersebut.Yang paling penting aku boleh edit gambar dan kongsi bersama-sama pengguna Molome yang lain.
Langgan:
Catatan (Atom)